Betul ke 16,000 penjawat awam akan diberhentikan?


 

(MalaysiaGazette) – Dewan Pemuda Ikatan Malaysia rasa terkilan dengan daran surat pekeliling daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia yang bertajuk “Kawalan Saiz Perkhidmatan Awam”.

Surat itu didakwa makluman mengenai pengurangan satu peratus  penjawat awam secara keseluruhan pada tahun 2019.

Kira-kira 1.6 juta jumlah penjawat awam di Malaysia dan ini bermakna sebanyak 16,000 rakyat Malaysia akan hilang sumber pendapatan.

Jika benar, tindakan itu tidak menepati janji ke-35 Buku Harapan Manifesto Pilihan Raya yang disebut oleh Pakatan Harapan.

Ketua Pemuda Parti Ikatan Bangsa Malaysia, Shahir Adnan mempersoalkan bagaimana kerajaan ingin mewujukan 1 juta pekerjaan sekiranya mahu mengurangkan 16,000 pekerjaan sedia ada.

“Kami menganggap ini merupakan satu lagi janji yang tidak tertunai oleh Pakatan Harapan, termasuk janji-janji manis yang lain. Adakah alasan 1MDB, Najib dan hutang negara juga menjadi alasan untuk mengurangkan 16,000 pekerjaan ini?,” soalnya.

Sedangkan, pada masa sekarang kementerian dan agensi kerajaan berlaku pelbagai lantikan politik yang dibuat membabitkan sahabat-sahabat mereka di dalam parti politik, termasuk ahli keluarga yang diberi peluang
pekerjaan yang baharu.

“Walhal ada yang sudah bergelar Yang berhormat, tetapi masih mahucmengemudi Agensi Kerajaan sebagai Pengerusi atau Ahli Lembaga Pengarah. Adakah sebenarnya “peluang pekerjaan” yang disebut di dalam Manifesto Harapan itu ditujukan
kepada sahabat-sahabat dan ahli keluarga mereka di dalam parti masing-masing,” tambahnya.

Lantaran itu, 4. Dewan Pemuda Ikatan menggesa kerajaan untuk memperhalusi keputusan ini kerana rakyat sebenarnya makin dihimpit kegawatan ekonomi dan kenaikan kos sara hidup.

Katanya, kurangkan lantikan politik, biar penjawat awam yang berwibawa melakukan tugas mereka.

“Harus diingat, penjawat awam merupakan tunjang kepada pentadbiran negara. Ahli politik datang dan pergi tetapi mereka tetap komited menguruskan pentadbiran kerajaan,” ujar beliau.



Comments
Loading...