Now Reading
Kereta MPV Dibakar Penduduk Kampung Gara-gara Didakwa Guna Untuk Curi Lembu

Kereta MPV Dibakar Penduduk Kampung Gara-gara Didakwa Guna Untuk Curi Lembu

Polis Kemaman sedang mengesan kumpulan yang bertindak membakar kereta jenis MPV tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Polis telah membuka siasatan berikutan sekumpulan lelaki dipercayai penternak lembu membakar sebuah kenderaan jenis MPV.

Kereta Honda Odyssey itu disyaki digunakan sebagai pengangkutan untuk mencuri beberapa ekor lembu.

Video berdurasi 40 saat yang telah tular di media sosial dikatakan berlaku di Felda Bukit Kuantan di Kemaman, Terengganu.

Selepas cubaan mencuri lembu berjaya dihalang, kereta itu diterbalikkan terlebih dahulu sebelum beberapa individu bertindak membakarnya di tepi jalan utama menghala ke Felda Neram 1 di Jabor.

Namun, bagaimana lembu itu boleh dimuatkan dalam kenderaan itu masih menjadi tanda tanya sehingga kini.

Ketua Polis Daerah Kemaman Hanyan Ramlan memaklumkan pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung perkara itu.

Polis masih menyiasat punca sebenar kenderaan itu dibakar dan siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Kemaman Hanyan Ramlan.

Polis telah menggesa individu dalam video berkenaan untuk tampil memberikan kenyataan mereka.

Dalam pada masa, Hanyan menjelaskan bahawa kenderaan MPV yang didakwa digunakan untuk mencuri lembu masih belum disahkan kerana setakat ini tiada lagi aduan diterima berhubung kecurian haiwan.

Orang awam tak sepatutnya bertindak melulu

Susulan kejadian itu, netizen menggesa pihak berkuasa menyiasat perkara tersebut kerana melibatkan perbuatan jenayah.

Netizen menegaskan bahawa kita semua terikat dengan undang-undang, justeru kumpulan penternak lembu tidak sepatutnya melakukan perkara yang menyalahi undang-undang bagi memperbetulkan apa yang dirasakannya tidak adil.

Pada masa sama, ada juga yang mengecam tindakan pemilik lembu membiarkan haiwan ternakan mereka berkeliaran sehingga mengakibatkan kemalangan kepada pengguna jalan raya.

BACA JUGA: [Watch] Naval Officers Injured After 4WD Rammed Into A Cow On The North-South Expressway

Di Malaysia, seekor lembu boleh mencecah RM40,000 bergantung kepada bakanya.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd