Now Reading
Wanita Ini Kongsi Cara Tunai Umrah DIY Tanpa Guna Ejen

Wanita Ini Kongsi Cara Tunai Umrah DIY Tanpa Guna Ejen

Walau bagaimanapun, menurutnya cara ini tidak digalakkan buat yang pertama kali ingin menunaikan ibadah umrah.

tips sebelum umrah

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Susulan pembukaan sempadan negara baru-baru ini yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan, rakyat Malaysia tidak melepaskan peluang untuk bercuti ke luar negara, menunaikan ibadah umrah, haji, dan sebagainya.

Setelah sekian lama tidak dapat menjejakkan kaki di luar Malaysia, inilah masanya untuk kembali bercuti dan menyelesaikan segala kerja yang tertangguh sebelum ini.

Credit: Malay Mail

Pengguna Twitter Ajar Cara Umrah DIY.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter (Alisa Yusra) telah berkongsi langkah-langkah untuk menunaikan umrah secara Do-It-Yourself (DIY).

Walau bagaimanapun, menurutnya cara ini tidak digalakkan buat yang pertama kali ingin menunaikan ibadah umrah.

Baca penuh di bawah:

Apa yang anda perlukan sebelum berlepas adalah:

  • Pasport.
  • Tourist Visa (visa.visitsaudi.com). Anda boleh mohon visa pelancong menerusi website ini dan terus bayar. Kadar bayaran adalah RM670++ untuk satu orang.

Dalam masa 5 minit, e-mel akan masuk dan visa anda sudah siap. Visa pelancong ini adalah untuk kemasukkan beberapa kali dalam masa setahun.

  • Tiket penerbangan (Skyscanner, Traveloka, dan lain-lain).
  • Hotel booking (Agoda, Booking.com, dan lain-lain).

Bab ini anda harus pastikan kesemua booking sudah dibayar dan print kesemua bukti.

Seterusnya, vaksin Covid-19 (Tak vaksin tak boleh pergi). Jadi, seeloknya anda cek perkembangan terkini di Twitter @HaramainInfo.

Ketika Check-In Penerbangan.

Dia menyarankan untuk anda sediakan segala keperluan penting sebelum check-in flight iaitu:

  • Tiket penerbangan.
  • Boarding pass.
  • Visa.
  • Sijil vaksin Covid-19.
  • Salinan daftar muqeem.

Letakkan kesemua dokumen di atas dalam satu fail yang mudah untuk dimasukkan ke dalam beg. Nanti tak adalah susah-payah nak mencari.

Berikut merupakan aplikasi yang anda perlu install terlebih dahulu:

  • Tawakkalna (mcm mysejahtera tanpa scan)
  • Eatmarna (untuk booking raudah dan umrah)

Untuk aplikasi kenderaan (transportation) pula, boleh install kedua-dua aplikasi ini.

  • Uber.
  • Careem.

Mengikut pengalaman wanita ini, uber adalah murah sikit tapi kedua-dua aplikasi ini sangat diperlukan. Semuanya di hujung jari.

Aplikasi AL ULA pun berguna juga, kalau anda nak sewa kereta bagi memudahkan perjalanan anda di sana.

Nak balik Malaysia pula, kena tunggu kemaskini daripada kerajaan Malaysia sama ada perlu buat ujian Covid-19 di sana atau tidak.

BACA JUGA: Pakej Tunai Haji Swasta Cecah RM50,000 Hingga RM270,000 Seorang


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd