Now Reading
[Video] Rumah Hampir Dipecah Masuk Oleh Perompak. Mujur Ada CCTV!

[Video] Rumah Hampir Dipecah Masuk Oleh Perompak. Mujur Ada CCTV!

Perkara ini disyaki apabila pintu pagar rumah mereka terbuka luas ketika isterinya pulang dari kerja.

rumah hampir dipecah masuk oleh perompak

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Zaman sekarang ini tak kisahlah siang atau malam, di mana-mana pun boleh berlaku jenayah. Sama ada di tempat tertutup atau terbuka, memang kena sentiasa berwaspada.

Lelaki atau perempuan, kita semua kena berhati-hati dengan kawasan sekeliling.

BACA JUGA: Wanita Dedah Lelaki ‘Berlakon’ Jadi Perempuan Dalam Surau. Rupanya Pencuri!

Cubaan pecah masuk rumah gagal lepas nampak CCTV

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter (Tsgxy_) berkongsi kisah apabila rumahnya hampir dipecah masuk oleh seorang penunggang motosikal pada siang hari ketika tiada sesiapa di kediamannya.

Kejadian itu mula disyaki apabila isterinya bertanya sama ada dia ada membuka pintu kaca rumah atau tidak. Padahal sebelum ini pintu tersebut tidak pernah langsung dibuka.

Pada masa yang sama, katanya pintu pagar pun terbuka luas.

Disebabkan musykil dengan apa yang berlaku, lelaki ini melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang dan terlihat kelibat seorang lelaki menunggang motosikal memasuki ruang tempat letak kenderaan di rumahnya.

Sumber: Twitter/Tsgxy_

Menerusi rakaman tersebut, gaya penunggang motosikal itu seolah-olah dia adalah pemilik rumah berkenaan kerana dilihat selamba membuka pintu pagar dan masuk ke dalam kawasan rumah.

Namun niatnya ingin memecah masuk rumah terbantut apabila dia perasan kewujudan CCTV dan terus beredar dari rumah tersebut tanpa menutup semula pintu pagar.

Menurut pengguna Twitter ini (Tsgxy_), kejadian di rumahnya berhampiran Cheras, Kuala Lumpur itu berlaku lima minit sebelum isterinya pulang ke rumah.

Netizen saling beri nasihat minta lebih berhati-hati

Risau melihat keadaan yang membahayakan itu, kebanyakan netizen memberi nasihat agar lebih berhati-hati dan digalakkan untuk mengunci pintu pagar menggunakan mangga untuk mengelakkan kejadian yang sama berulang kali.


Kepentingan adanya CCTV di rumah

Dengan persekitaran yang semakin tidak selamat sekarang ini, ada bagusnya juga kalau anda memasang CCTV di rumah. Antara kelebihannya adalah seperti:

  • Mengurangkan kes jenayah.
  • Dapat membantu siasatan sekiranya perkara tidak diingini berlaku di kawasan rumah.
  • Kerja pemantauan lebih mudah dan selamat.
  • Melindungi harta benda dan anak-anak.
  • Mengurangkan kos untuk pengawalan.

Kamera litar tertutup ini banyak dijual sama ada di kedai atau secara atas talian. Nak senang, cari je yang murah-murah di Shopee. Mesti ada punya!


Untuk anda di luar sana juga kena peka dengan kawasan sekeliling. Takut ada yang dah lama perhati dari jauh dan berniat untuk melakukan perkara tidak elok.

Kalau boleh, sediakan alat keselamatan diri dalam beg terutamanya kepada kaum wanita okey?

BACA JUGA: Pemandu E-hailing Didakwa Ugut Untuk Rogol Penumpang & Pandu Secara Bahaya


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd