Now Reading
[Video] Bomba Berlari Tinggalkan Majlis Buka Puasa Dengan Keluarga Sebab Nak Jalankan Tugas

[Video] Bomba Berlari Tinggalkan Majlis Buka Puasa Dengan Keluarga Sebab Nak Jalankan Tugas

Difahamkan majlis berbuka puasa itu dianjurkan di Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Pulau Pinang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Petugas barisan hadapan di Malaysia ini terutamanya pihak bomba dan penyelamat sering menunjukkan kesungguhan mereka dalam menjalankan tugas buat rakyat dan negara.

Seperti sebelum ini, petugas bomba dilihat bergegas ke lokasi kejadian menaiki trak bomba selepas menerima laporan. Difahamkan laporan tersebut diterima ketika hampir pada waktu untuk berbuka puasa.

Gelagat para petugas membuatkan orang ramai terhibur kerana mereka dilihat memegang satu jug air yang dipenuhi dengan ais dalam trak berkenaan.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Bomba Dapat ‘Call’ Ketika Hampir Waktu Berbuka Puasa, Siap Ada Yang Bawa Jug Air Sekali!


Bomba Lari Tinggalkan Majlis Berbuka Puasa Demi Jalankan Tugas

Pengorbanan anggota bomba sekali lagi terserlah melalui kesungguhan mereka bergegas ke lokasi insiden sewaktu hendak menjamu selera.

Menerusi perkongsian di laman TikTok (@amiramila0), kelihatan beberapa anggota bomba sedang berlari apabila mendapat panggilan kecemasan.

Situasi tersebut berlaku menjelangnya waktu berbuka puasa. Kalau anda tonton sendiri video itu, kedengaran azan Maghrib sedang berkumandang menunjukkan sudah tiba waktu untuk berbuka.

Lebih membuatkan orang ramai berasa terharu apabila mereka sanggup meninggalkan ahli keluarga yang bersama-sama di balai bomba dalam sebuah majlis berbuka puasa yang dianjurkan.

Difahamkan majlis itu berlangsung di Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Pulau Pinang.

Perkongsian tersebut telah mengundang perhatian ramai dengan jumlah tontonan hampir mencecah 1 juta setakat artikel ini ditulis.

@amiramila0 #abangbomba #berbukapuasa #kecemasan ♬ bunyi asal – amir amila

Netizen Puji Kesungguhan Bomba Menjalankan Tugas

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen telah memuji petugas bomba yang tidak berkira dalam menjalankan tugas dalam apa jenis situasi pun.

“Juadah ditinggalkan demi kecemasan. Saya tabik pada bomba, berlari mengejar tempat kejadian,” kata seorang lelaki.

Sementara itu, ramai juga petugas barisan hadapan lain yang meluahkan situasi sama yang perlu dilalui semasa bertugas.

“Kerja hospital pun merasa macam ni, time azan la kena CPR pesakit. Nak teguk air pun tak sempat, kawan-kawan next syif yang datang awal tolong suap kan kurma,” ujar seorang wanita.

Malah ada juga yang memberi pandangan bahawa ahli keluarga kepada petugas juga harus kuatkan mental bagi mengharungi situasi seperti itu.

“Orang yang kerja untuk negara bukan sahaja diri sendiri kena mental kuat, family pun kena kuat mental emosi juga. Semoga sentiasa dalam lindungan Allah SWT, dipermudahkan urusan dan tabah selalu,” jelas seorang netizen.

Sumber: TikTok (@amiramila0)

Bomba Bantu Wanita Tolak Kereta Yang ‘Mati’ Di Tengah Jalan Raya

Terdahulu, petugas barisan hadapan itu juga membuatkan orang awam berasa bangga apabila pasukan bomba dari Balai Bomba Dan Penyelamat Taman Tun Dr Ismail tidak teragak-agak membantu seorang wanita di tengah jalan raya.

Daripada video dikongsi di laman TikTok, kereta kepunyaan wanita tersebut terhenti di tengah-tengah jalan berhampiran satu lampu isyarat. Lebih memburukkan keadaan, hujan telah mula turun pada ketika itu.

Sumber: TikTok (@emirhaqim)

Walau bagaimanapun, pemandu berkenaan bernasib baik kerana lima pegawai bomba bekerjasama menolak kereta itu ke seberang jalan sementara seorang lagi mengawal lalu lintas kenderaan.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Bomba Bantu Wanita Tolak Kereta ‘Mati’ Tengah Jalan Di TTDI, Netizen Luah Rasa Terharu & Bangga

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Dek Terlalu Minat, Ayah ‘Layan’ Bawa Anak Masuk Balai Bomba


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd